Bahan Bahan
- Ayam
- Kari
Semalam ada majlis makan makan di pejabat, tapi saya tak sempat menyertainya kerana rushing ke mesyuarat. Sahabat saya telah membawa naik sepinggan kari ayam dan mee hoon goreng.
Kari ayam nya sangat sedap dengan kuah yang pekat. Dari situ, saya mencari tips untuk membuat Kari Ayam yang sedap. Walaupun kari ayam adalah antara lauk pertama yang saya masak sejak zaman remaja namun tidak bermakna kita tidak boleh belajar untuk memperbaiki cara caranya.
Melihat apa yang Kak Jee tulis dalam blognya, rempah kari hendaklah digoreng kering. Ooo baru lah saya ingat, yang kakak saya juga pernah membuat begini. Malahan saya juga pernah menumis rempah kari cara begini.
Bezanya saya tidak menumis rempah kari dengan lama. Tips oleh sahabat saya, Roy pula ialah dengan menumis dengan lama dan api perlahan, katanya pasti sedaplah apa masakan sekali pun.

Social Plugin